Watak Dream High

  • Suzy sebagai Go Hye-mi
Go Hye-mi adalah watak utama drama ini. Berasal dari keluarga yang kaya, setelah kematian ibunya, perniagaan ayahnya gagal dan keluarga mereka dibebani hutang dan ayahnya pergi ke Kanada untuk mendapatkan bantuan daripada makciknya Hye Mi. Dia dikejar oleh pemungut hutang, Ma Doo Shik dan anak buahnya hampir sepanjang permulaan drama.Song Sam-dong merupakan budak kampung yang naif yang jatuh cinta pandang pertama dengan Hye Mi dan mengikutnya ke Seoul. Mempunyai bakat muzik semula jadi yang luar biasa tanpa sebarang pendidikan formal.
  • Ok Taec-yeon sebagai Hyun Si-hyuk (namun disebut oleh rakannya sebagai Jin Guk)
Jin Guk adalah kawan semasa kecil Go Hye Mi dan selalu mencuba membantunya. Dia cuba mengingatkan Hye Mi tentang kenangan masa kecil mereka. Seorang yang berbakat terutama dalam tarian dan rap.Baek Hee adalah rakan karib dan sahabat Hye Mi di sekolah lama mereka, tapi dia dikhianati oleh Hye Mi ketika ujibakat di Sekolah Kirin. Dia merasa terpukul oleh pengkhianatan tersebut dan menjadi saingan terbesar bagi Hye Mi.
  • IU sebagai Kim Pil-suk
Kim Pil-suk pertama kalinya muncul sebagai seorang gadis yang mengenakan kostum maskot sushi ketika ujibakat. Dia adalah seorang gadis dengan suara yang indah dan nada yang sempurna tetapi mengalami masalah kegemukan.Jason adalah pelajar pertukaran Amerika yang berkebolehan terutamanya dalam tarian tetapi juga pandai bernyanyi. Dia seorang yang sopan dan memiliki sikap yang baik, yang membawa salah faham oleh Pil Suk, yang percaya bahawa Jason melakukan ini kerana menyukainya.